Top

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam PPSR.UPSR akan menjadi sebahagian sahaja daripada komponen PPSR (dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan), dan 3 komponen yang lain ialah PBD, PAJSK, dan PPsi.Sebab itu ada calon 6A yang tak dapat masuk SBP manakala yang dapat 3A pula diterima, kerana bukan keputusan UPSR semata-mata yang jadi ukuran.

Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada;

1) (IQ) kecerdasan intelektual
Ukuran kemampuan intelektual, rasional & logik
2) (EQ) kecerdasan emosi
Ukuran kemampuan emosi sendiri & terhadap org lain
3) (SQ) aspek kerohanian dan kemahiran sosial.
Ukuran kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
4) Pengetahuan am

Soalan-soalan yang akan diuji dlm UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama.

** Tips !
Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.Untuk soalan Pengetahuan am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara, dll. Untuk soalan math, pernah masuk peratus, operasi bergabung, nisbah, sudoku.

Sains ada juga minta huraikan proses fotosintesis, tentang lung and gill.

Cth Soalan2 UKSBP tahun 2017:

  1. Nama pengasas Facebook
  2. Siapakah bapa pembangunan Malaysia
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak.
  4. Maths mcm soalan kangaroo Maths
  5. Jika kamu mkn malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat
  6. Banyak soalan buli dan kesesuaian diri di asrama
  7. Apakah tasik buatan manusia
  8. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia
  9. Preve tu proton or perodua
  10. Siapakah pencipta pertama kereta
  11. Bilakah tahun penubuhan Malaysia
  12. Ziyad atlet sukan apa
  13. Suku kaum terbesar sabah
  14. Pemain squash wanita no 1 dunia
  15. Unit mengukur kekuatan gempa bumi
  16. Sinonim perkataan amalan
  17. Perkara yg perlu dilakukan sebelum mengulangkaji
  18. Berapakah wilayah di Malaysia
  19. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan
  20. Apakah senjata kebesaran diraja
  21. Anda rosakkan calculator kawan, apakah tindakan anda
  22. Labu sayong asal dr negeri mana
  23. Siapakah penjajah pertama Malaysia
  24. Siapakah cipta lampu
  25. Genting Highland terletak di mana
  26. Apakah tarian terkenal di Johor
  27. Siapakah cipta bendera Malaysia
  28. Siapakah cipta telefon
  29. Siapakah cipta kapal terbang
  30. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat
  31. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda
  32. Apakah nama ibu negara Malaysia
  33. Sungai gombak berhubung dgn sungai apa
  34. Beryl jenama apa
  35. Adat pepatih dr negeri mana
  36. Le tour de langkawi sukan apa
  37. Kalau tak sesuai ddk di asrama nak buat apa
  38. Anda dh siapkan 3 muka surat kerja maths tetiba adik umur 8 tahun koyak kan, apakah tindakan anda
  39. Kawan2 sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda
  40. Kalau tersepak bola kene tingkap nk buat apa
  41. Soalan2 sudoku
  42. Kalau rumah kawan terbakar, nk buat apa
  43. Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yg diberi
  44. Kalau bising, ketua kelas dan murid kene buat apa
  45. Ada juga soalan2 mcm kangaroo maths
  46. Jika kawan yg dikenali melalui facebook ajak berjumpa apakah tindakan anda
  • Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
  • Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
  • Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  • Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
  • Wau dari mana?
  • Pulau Pangkor terletak di mana?
  • Bangunan S.Ab.Samad.
  • Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Lihat pada soalan tahun lepas, dan analisis sendiri apa kemungkinan soalan yang keluar tahun ini.

Beri penekanan kepada

  • Atlet Malaysia/Sukan Malaysia dan Luar
  • Wilayah/Pulau di Malaysia
  • Tempat bersejarah dan menarik di Mlaaysia
  • Kereta Buatan Malaysia
  • Lagu, tarian, etnik, makanan terkenal di Malaysia.
  • Teknologi terkini, apa app dalam phone
  • Cara handle kes buli, kes curi, kes kerosakan barang dll.

Salah1 daripada soalan UKSBP

Jika kawan kamu kejut kamu ke tandas pada pukul 2 pagi. Apa tindakan kamu?

A. Teman kawan ke tandas.
B. Abaikan kawan kamu dan tidur semula.
C. Suruh kawan tahan berak dan pergi tandas esok pagi.
D. Segera teman kawan ke tandas

Jawablah D, kerana jawapan itu menggambarkan pelajar benar-benar ambil peduli akan situasi orang lain.

** Nota & soalan ada yang diambil daripada pelbagai sumber.

Post a Comment